suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puluhan mayat dipercayai korban Covid-19 terbiar di lantai hospital di Iran

Satu klip video yang tular menunjukkan puluhan mayat dipercayai korban Covid-19 dibiarkan di lantai sebuah hospital di Iran. Foto: Dailystar

SATU klip video yang tular mengejutkan warga maya, di mana ia menunjukkan mayat-mayat yang dipercayai korban wabak koronavirus di Iran, dibiarkan di lantai sebuah hospital di negara tersebut.

Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan 15 orang lagi telah meninggal dunia akibat wabak tersebut pada Rabu (semalam), sekaligus menjadikan jumlah kematian di negara tersebut meningkat kepada 92 kes, dengan sejumlah 2,922 kes disahkan.

Klip video yang ditonton lebih daripada 836,000 kali itu menunjukkan beg yang berisi berpuluh-puluh mayat diletakkan di lantai hospital di bandar Qom.

Menerusi klip video itu juga, dipaparkan perakam berjalan melalui beberapa bilik di hospital tersebut, dengan media tempatan melaporkan mayat-mayat berkenaan dipercayai korban Covid-19.

Masih belum ada kenyataan rasmi susulan penularan video tersebut yang menimbulkan tanda tanya mengapa ianya tidak dikebumikan dan hanya dibiarkan di lantai hospital.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kepada hospital supaya hanya menerima pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan dan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Puluhan hospital yang dikendalikan oleh tentera negara itu kini dikhaskan untuk merawat pesakit Covid-19. - Dailystar

mayat, Covid-19, Iran, hospital

Artikel Lain