suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 2 tahun buang makanan didenda suap roti hingga lemas, meninggal dunia

Ibu mangsa dipenjara 11 tahun. foto: Vesti Omsk

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah yang dapat menggambarkan perilaku seorang wanita yang sanggup membunuh anaknya.

Menerusi kejadian di bandar Omsk, Rusia, kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Victoria disumbat roti dalam mulutnya.

Dia diperlakukan sedemikian sebagai denda akibat membuang makanan.

Perbuatan ibunya menyebabkan kanak-kanak itu lemas dan meninggal dunia.

Wanita dikenali sebagai Mirzoeva yang berusia 28 tahun itu cuba memberi bantuan pernafasan namun gagal.

Selepas siasatan dan perbicaraan, wanita itu mengaku bersalah dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun. - Daily Star.

denda, lemas, roti

Artikel Lain