suria

Gempar ahli politik Itali positif Covid-19

Nicola Zingaretti mengumumkan beliau dijangkiti Covid-19. Gambar fail/Reuters/Yara Nardi

PRESIDEN Lazio di Itali, Nicola Zingaretti menerusi mesej secara video yang dikongsi di media sosial, mengesahkan beliau positif koronavirus (Covid-19).

Virus yang membawa maut itu telah menjangkitkan lebih 100,000 orang di seluruh dunia, dan telah meragut hampir 200 nyawa di Itali.

Dengan penularan wabak itu, semua acara sukan Itali kini diadakan secara tertutup sehingga 3 April depan, termasuk pertandingan Six Nations England.

Serie A juga menangguhkan dua perlawanan pusingan berikutnya dalam tempoh seminggu.

Zingaretti, yang merupakan seorang ahli politik Itali dan telah berkhidmat sebagai presiden Lazio selama tujuh tahun, mengumumkan bahawa beliau dijangkiti virus itu.

"Doktor-doktor beritahu yang saya positif Covid-19," katanya.

"Saya ok tapi saya akan berada di rumah untuk beberapa hari akan datang. Saya akan meneruskan kerja dari rumah.

"Tabah buat semua dan jumpa anda tidak lama lagi!".

Dilaporkan, Itali merupakan antara negara yang mencatatkan bilangan kes Covid-19 tertinggi, dengan lebih 4,500 orang dijangkiti virus itu di negara tersebut. - Daily Star





Artikel Lain