suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 maut, hotel dijadikan pusat kuarantin Covid-19 runtuh

Anggota bomba berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di bawah runtuhan hotel tersebut. Foto: China Daily/ANN

ANGKA korban susulan insiden sebuah bangunan hotel di wilayah Fujian di Timur China runtuh pada petang Sabtu, terus mencatatkan peningkatan.

Setakat pukul 5.00 petang Ahad, jumlah korban meningkat kepada sepuluh orang, manakala 48 orang telah diselamatkan dan 23 yang lain masih terperangkap.

Hotel Xinjia runtuh kira-kira pukul 7.05 malam (Sabtu) di Daerah Licheng, Quanzhou, dengan dilaporkan seramai 71 orang terperangkap.

Hotel tersebut dijadikan pusat kuarantin untuk kontak pesakit koronavirus atau Covid-19, lapor Xinhua.

Pembinaan bangunan itu, yang berkeluasan 7,000 meter persegi, bermula pada tahun 2013.

Ia telah diubah menjadi sebuah hotel pada tahun 2018.

Lebih 1,000 anggota bomba, pegawai polis dan pasukan medik telah dikerah untuk menyertai kerja-kerja menyelamat dan Kementerian Pengurusan Kecemasan telah menghantar pasukan ke Quanzhou untuk membantu usaha menyelamat dan menyiasat punca kemalangan itu.

Usaha menyelamat masih sedang dijalankan. - THE STAR

hotel, runtuh, kuarantin, Covid-19

Artikel Lain