suria

Perokok, pengguna vape terdedah risiko dijangkiti Covid-19

Pengguna vape dan risiko berisiko terdedah jangkitan Covid-19.

AMARAN jangkitan koronavirus (Covid-19) telah dikeluarkan terhadap perokok dan pengguna vape ketika angka kematian wabak berbahaya itu semakin meningkat.

Datuk Bandar New York City, Billde Blasio berkata perbuatan merokok dan penggunaan vape boleh meningkatkan risiko seseorang untuk dijangkiti Covid-19.

De Blasio berkata individu berusia lebih 50 tahun yang menghidap penyakit jantung, paru-paru, kanser atau kencing manis turut berisiko tinggi dijangkiti wabak itu.

Amaran itu dikeluarkan ketika angka kematian wabak itu di seluruh dunia meningkat kepada 3,600 orang.

Lebih 106,000 positif wabak tersebut dan daripada jumlah itu lebih 270 mangsa dari United Kingdom (UK).

Setakat pukul 9 Ahad, seramai 273 dijangkiti Covid-19, peningkatan 67 daripada 206 kes yang direkodkan pada 7 pagi Sabtu.

Lebih 23,500 disahkan positif wabak itu di UK dengan dua pesakitnya meninggal dunia.

Dua lagi kes dilaporkan di Scotland, menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes di wilayah itu. - Dailystar.co.uk

vape, rokok, Covid-19

Artikel Lain