suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara mahu matikan virus Covid-19, wanita masukkan wang kertas dalam ketuhar hingga hangus

Keadaan wang Li yang hangus terbakar selepas dimasukkan ke dalam ketuhar.

SEORANG wanita yang bimbang dijangkiti koronavirus (Covid-19) bertindak memasukkan beberapa keping wang kertas miliknya ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk mematikan virus tersebut.

Namun lain pula yang jadi apabila kesemua wang milik wanita dikenali sebagai 'Aunt Li' bernilai 300 pound sterling (RM1,647) hangus terbakar.

Menurut laporan media di China, Li membawa wang yang telah hangus itu ke sebuah bank untuk mendapatkan nasihat mengenai keadaan wang tersebut.

Namun kebanyakan wang kertas itu sudah terbakar dan kakitangan bank tersebut juga tidak pasti sama ada mereka boleh menggantikan wang berkenaan dengan yang baharu.

Walaupun wang kertas itu diperiksa secara forensik untuk menentukan ketulenannya, kakitangan bank menyakinkan Li bahawa wang tersebut selamat digunakan meskipun wabak berbahaya itu semakin membimbangkan.

Jurucakap Bank CITIC China memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua wang tunai yang diperolehi dari institusi kewangan itu adalah bersih dan selamat digunakan. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain