suria

Ibu terharu anak hidap sindrom Rett sebut 'I love you' selepas empat dekad

Pauline berjaya meluahkan perasaan sayang kepada ibunya menggunakan bantuan komputer berteknologi tinggi.

SEORANG wanita yang menghidap kecacatan perkembangan otak yang jarang berlaku berjaya menyebut 'I love you' kepada ibunya buat pertama kalinya.

Ia diluahkan menerusi bantuan komputer berteknologi tinggi yang membolehkannya berbicara menggunakan matanya.

Pauline Rett, 36, dari Kidderminster, Worcestershire, tidak boleh bercakap mahupun menggerakkan tangganya sejak disahkan menghidap sindrom Rett ketika berusia dua tahun.

Sindrom Rett merupakan salah satu jenis kelainan genetik yang mempengaruhi perkembangan otak. 

Namun segalanya berubah apabila keluarganya membeli sebuah komputer bernilai 9,000 pound sterling yang membolehkan Pauline berbicara menggunakan matanya.

Menerusi bantuan teknologi canggih itu, Pauline hanya perlu melihat pada skrin komputer.

Pauline ketika kecil.

Cahaya inframerah yang dipantul ke matanya akan mengesan apa jua simbol atau frasa yang dilihatnya pada skrin komputer tersebut.

Komputer itu kemudiannya menterjemahkan maklumat itu dalam bentuk percakapan bermaksud Pauline akhirnya memberitahu dia amat menyayangi ibunya selepas hampir empat dekad.

Ibu Pauline, Judith amat terharu dengan pencapaian luar biasa anaknya itu.

"Ia mungkin kedengaran perkara kecil tetapi saya tidak pernah terdengar Pauline bercakap sebelum ini.

"Perkataan pertamanya kepada saya adalah 'I love you' yang amat bermakna.

"Kini kami boleh bergurau dan berbual antara satu sama lain," katanya. - Metro.co.uk

sindrom Rett, komputer, I love you

Artikel Lain