suria

Wanita berbogel sambil menyanyi cetus kekecohan di lapangan terbang

Aksi wanita itu yang kini tular di media sosial.FOTO: Twitter/Dolphinfan201.

SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida bertukar kecoh apabila seorang wanita muncul berbogel di lokasi itu.

Dalam rakaman tersebar, wanita itu dilihat membaling pakaian dalamnya ke atas lantai.

Kejadian pada 13 Januari itu turut dikongsi menerusi laman Twitter sehingga ia menjadi tular.

Selain menanggalkan pakaian, wanita itu turut menyanyi di hadapan beberapa pengguna lapangan terbang berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu sudah ditahan dan kini sedang menjalani ujian mental. - Daily Star.

lapangan terbang, wanita, bogel

Artikel Lain