suria

Suspek bunuh, rogol budak perempuan 6 tahun dipukul, diikat pada tiang sebelum dibakar hidup-hidup

Suspek (kanan) didakwa merogol Jarid (kiri) sebelum membunuhnya.

SEORANG pesalah pedofilia dibakar hidup-hidup oleh penduduk kampung yang berang dengan perbuatan keji lelaki itu.

Alfredo Roblero didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dikenali sebagai Jarid di Cacahoatan yang terletak di negeri Chiapas, selatan Mexico.

Jarid dilaporkan hilang sejak 9 Januari lalu dan mayatnya ditemui pada keesokan harinya.

Rakaman menunjukkan pemuda itu hanya menunggu ajalnya ketika dikerumuni penduduk kampung.

Ibu saudara kepada Jarid dilaporkan mahu membawa suspek ke balai polis tetapi penduduk yang marah dengan perbuatan terkutuk itu bertindak membakar Roblero.

Menurut laporan media tempatan, Roblero dipukul dan diikat di sebatang tiang sebelum badannya disimbah petrol dan dibakar hidup-hidup.

Polis yang tiba di lokasi kejadian gagal menyelamatkan suspek.

Pihak berkuasa Chiapas kesal dengan perlakuan orang ramai yang memilih untuk menghukum sendiri suspek.

Siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat punca kematian suspek. - Metro.co.uk

pedofilia, bakar, bunuh, rogol

Artikel Lain