Ratu Elizabeth restu... Putera Harry, Meghan akan lalui tempoh peralihan antara Kanada dan Britain

Ratu Elizabeth merestui niat cucunda baginda Putera Harry dan isterinya, Meghan untuk hidup berdikari. -foto PA

RATU Elizabeth telah membuat kenyataan mengenai masa depan Putera Harry dan isterinya, Meghan susulan pertemuan mereka di Sandringham, bagi membincangkan krisis yang berlaku, Isnin.

Menurut baginda perbincangan berhubung masa depan Duke dan Duchess of Sussex yang diadakan adalah 'sangat membina'  dan dipersetujui bahawa anggota diraja paling kanan itu akan melalui tempoh peralihan yang mana Harry dan isteri akan menghabiskan masa di Kanada dan Britain.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry, Meghan pilih undur diri dari keluarga diraja

"Keluarga diraja menghormati dan memahami hasrat mereka untuk menjalani kehidupan baharu," kata baginda.

Harry dan Meghan memutuskan untuk berpindah ke Amerika Utara bagi menjalani kehidupan baharu bersama anak mereka, Archie.

Perbincangan itu adalah satu perkara yang rumit untuk diselesaikan keluarganya tetapi ketua negara mahukan keputusan dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.

"Walaupun kami lebih suka mereka sepenuh masa dengan keluarga diraja dan menjalankan tugas-tugas rasmi, kami menghormati dan memahami kehendak mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih bebas sebagai sebuah keluarga dan dalam masa yang sama kekal menjadi sebahagian dalam keluarga beta," katanya.

Kenyataan dibuat selepas Putera Harry duduk bersama Ratu, abangnya, Putera William dan bapanya, Putera Charles pada Isnin berhubung masa depannya dengan Meghan dan Archie. -Metro UK

Artikel Berikut

Artikel Lain