suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah ambil produk perangsang seks untuk biak lembu, lelaki dikejarkan ke hospital

Seorang lelaki terpaksa menjalani rawatan di hospital gara-gara mengambil produk perangsang seks. Foto CEN

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengambil produk perangsang seks yang digunakan untuk 'membiak lembu'.

Tindakan itu menyebabkan lelaki berkenaan mengalami ereksi selama tiga hari.

Kejadian yang berlaku di Mexico itu dipercayai selepas lelaki tersebut merancang untuk melakukan hubungan intim bersama seorang wanita.

Menurut laporan La Republica, dia bagaimanapun terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Pakar 270 di Reynosa di Mexico. 

Bercakap kepada akhbar itu, doktor berkenaan berkata: "Dia mengambil produk perangsang seks yang digunakan penternak untuk membiakkan lembu bagi tujuan inseminasi."

Lelaki itu didakwa sanggup berkunjung ke Veracruz di timur Mexico bagi membeli produk perangsang tersebut. - Mirror



perangsang seks, ereksi

Artikel Lain