suria

Lelaki didakwa lakukan hubungan intim dengan pagar kayu, teksi

Seorang lelaki didakwa melakukan hubungan intim dengan pagar kayu. Foto stock Daily Star

SEORANG lelaki cuba melakukan hubungan intim dengan pagar kayu dan sebuah kenderaan, menurut pendengaran mahkamah di Scotland.

Saksi pada sesi perbicaraan David Bruce di Mahkamah Dunfermline Sheriff Court pada Ahad berkata, mereka melihat defendan yang kelihatan mabuk, melakukan perkara tidak senonoh pada sebuah pagar kayu kira-kira pukul 7 malam pada 25 Mei tahun lalu.

David, 36, menafikan satu petuduhan yang menyebut dirinya menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sehingga mendedahkan kemaluan sebelum melakukan perkara tidak senonoh itu.

Dia juga melanggar keamaan dengan melemparkan dirinya sendiri ke dalam bonet sebuah teksi lapan tempat duduk, dengan menggeselkan kemaluannya pada kenderaan itu.

Saksi, Kathleen Nisbet, 63, berkata, ketika kejadian dia mendengar seseorang menyanyi di jalan di luar rumahnya.

Menurutnya, pada mulanya dia menyaka ia adalah penyokong bola sepak.

"Dia mula menanggalkan seluar dan melakukan sesuatu pada pagar kayu itu. Dia cuba melakukan hubungan intim dengan pagar itu," ujar Kathleen.

Sementara itu, seorang pemandu teksi berusia 47 tahun, Don Simpson pula berkata, seorang lelaki menanggalkan seluar sebelum melakukan perkara tidak seronoh pada bonet kenderaannya.

Sesi perbicaraan ditangguhkan sehingga 3 Februari. - Daily Star

seks, hubungan intim, pagar kayu, mabuk, teksi

Artikel Lain