“Maaf tidak cukup, tapi itu yang boleh saya katakan” – Remaja dipenjara 65 tahun, tikam teman wanita sebab lambat gugurkan kandungan

Trejo (kiri) didakwa menikam Breana (kanan) sehingga meninggal dunia kerana terlewat menggugurkan kandungannya. Foto: (St Joseph County Prosecutors Office/Facebook)

SEORANG remaja lelaki terpaksa menghabiskan masa mudanya dengan meringkuk di penjara selama 65 tahun selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya yang sedang hamil.

Aaron Trejo, 17, dijatuhkan hukuman selama 55 tahun penjara bagi kesalahan membunuh teman wanitanya, Breana Rouhselang, di sebuah mahkamah di Indiana, pada Selasa.

Hukuman penjara ditambah selama 10 tahun lagi di atas kematian bayi yang masih berada dalam kandungan.

Trejo didakwa menikam Breana sehingga remaja perempuan berusia 17 tahun itu meninggal dunia, atas alasan terlewat menggugurkan kandungannya, sebelum meninggalkan mayat mangsa dan kandungannya di tempat pembuangan sampah pada Disember 2018.

Umur Trejo dan kematangan psikologi dipertimbangkan dalam penentuan hukuman, kerana dia berusia 16 tahun ketika melakukan jenayah tersebut.

Namun, kecenderungan Trejo terhadap keganasan yang melampau dan perancangan pembunuhan itu membawa kepada hukuman yang lebih berat.

Di mahkamah, Trejo dilaporkan meminta maaf kepada keluarga Rouhselang, dengan mengatakan: “Tidak ada alasan untuk apa yang telah saya lakukan. Ungkapan maaf tidak cukup, tapi itu yang boleh saya katakan”.

Trejo dan Breana adalah pelajar di Sekolah Tinggi Mishawaka. - Metro.co.uk

hamil, gugur, kandungan, tikam, teman wanita

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain