suria

Meghan terbang ke Kanada jumpa Archie, Putera Harry masih di UK selesai kemelut diraja

Keputusan Meghan dan Putera Harry benar-benar mengejutkan ramai pihak.

MEGHAN Markle terbang semula ke Kanada meninggalkan suaminya Putera Harry berseorangan untuk menyelesaikan krisis mengenai kedudukan mereka di United Kingdom (UK).

Anak mereka yang kini berusia lapan bulan, Archie dikatakan tinggal dengan pengasuh di sana manakala ibu bapanya berlepas ke London untuk berbincang mengenai keputusan mereka mahu mengundur diri daripada tugas rasmi diraja.

Sumber memberitahu Daily Mail bahawa Meghan tidak merancang untuk tinggal lebih lama di Britain selepas tiba di sana pada Isnin.

Berita itu tersebar selepas Ratu Elizabeth mengarahkan krisis kedudukan Duke dan Duchess odf Sussex itu ditangani segera.

Sumber Buckingham Palace berkata keluarga diraja sedang berusaha untuk menyelesaikan pendirian baharu Meghan dan suaminya.

Keputusan pasangan itu turut menimbulkan persoalan ramai bagaimana mereka memperoleh sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Pada Rabu, Putera Harry dan Meghan mengumumkan mahu mengundur diri daripada tugas rasmi dan meluangkan lebih masa di Amerika Utara.

Pengumuman yang dibuat melalui media sosial itu membuatkan ramai terkejut terutama nendanya, Ratu Elizabeth dan ayahandanya, Putera Charles kerana tiada sebarang perbincangan dibuat.

Selepas beberapa bulan memperhalusi dan meneliti keputusan itu, Putera Harry dan isterinya mahu berperanan lebih progresif bagi mendapat lebih ruang dengan membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara. - Metro.co.uk

Artikel Lain