suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Nasib baik tiada yang cedera” - Netizen gelak sakan, terhibur lihat kereta masuk kolam hotel

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Florida. FOTO: The West Palm Beach Police Department.

FOTO sebuah kereta yang tersadai di dalam sebuah kolam hotel di Florida ternyata menjadi jenaka ramai di Internet.

Foto itu pada mulanya dikongsi menerusi laman Facebook Polis Bahagian West Palm pada Sabtu sebelum ia menjadi tular di internet.

Kejadian melibatkan kereta berwarna hitam itu turut menimbulkan pertanyaan ramai yang bingung bagaimana ia boleh berakhir di dalam sebuah kolam?

"Nasib baik tiada yang cedera. Pemandu dewasa dan penumpang berjaya keluar selepas kejadian tersalah undur masuk ke dalam kolam hotel," tulis pengendali Facebook rasmi jabatan polis berkenaan.

Ramai netizen mengakui tidak berhenti ketawa melihat foto itu.

"Dewasa macam mana tu? Umur 18 atau 19 tahun? Macam mana boleh tersalah undur dalam kolam sedangkan ada pagar?

"Wow kereta itu diletakkan dengan sempurna dalam kolam," tulis beberapa netizen. - India Today.

kereta, kolam renang

Artikel Lain