suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kempen Januhairy ajak wanita simpan bulu dalam bulan pertama tahun 2020

2020 menjadi tahun kedua kempen Januhairy. FOTO:

WANITA di serata dunia digesa agar menerima kecantikan sejati mereka dan tidak mencukur bulu di badan sepanjang bulan Januari tahun 2020.

Menerusi kempen Januhairy, ia mahu wanita mengekalkan keaslian tubuh mereka dan membiarkan bulu di bahagian badan dibiarkan tidak diusik sepanjang bulan itu.

Kempen itu juga berhasrat untuk mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.

Kempen itu dimulakan oleh seorang gadis berusia 22 tahun, Laura Jackson.

Ujarnya, iklan di media banyak memberi idea salah mengenai kencantikan wanita.

Kempen ini dilancarkan buat pertama kali pada Januari 2019 dan tahun ini merupakan kempen keduanya.

"Hari ini merupakan hari pertama Januhairy yang mana wanita diseluruh dunia diminta bersama membuang pisau cukur sepanjang bulan Januari.

"Fokusnya pada wanita, tapi gerakan ini menyeluruh untuk semua jantina. Ayuh didik satu sama lain mengenai hal ini," ujar pengendali Facebook kempen itu. - Mirror.

Januhairy, bulu, wanita

Artikel Lain