suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Cantik namun menakutkan” - Bukit di Australia yang dilanda kebakaran seperti ditutupi lava

Sekeping gambar yang menunjukkan Balmattum Hill kelihatan seperti ditutupi lava. Foto: Facebook

BEBERAPA keping gambar sebuah bukit di Timur Laut Australia yang dilanda kebakaran kelihatan seperti melimpahkan lava gunung berapi.

Seorang pengguna Facebook Melissa Ericksen yang berkongsi gambar-gambar tersebut di Facebook berkata: “Balmattum Hill benar-benar bersinar malam ini.

“Ia adalah tempat yang saya seringkali lalui sepanjang hidup saya dan ia kelihatan tertimbus di bawah lava.

“Foto itu cantik namun menakutkan,” katanya.

Gambar-gambar tersebut dirakam di Euroa, sebuah bandar di timur Victoria timur.

Kebakaran belukar di Australia itu sehingga kini telah menjejaskan tiga negeri, mengorbankan 24 nyawa dan memusnahkan hampir 2,000 rumah.

Kira-kira 480 juta haiwan pelbagai spesies turut menjadi korban akibat krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September yang telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira lima juta hektar.  - Metro.co.uk

Artikel Lain