suria

Lelaki selamba kencing di lantai lapangan terbang

Seorang lelaki selamba membuang air kecil di lantai lapangan terbang. Foto instagram @passengershamin

SEORANG lelaki mengejutkan orang ramai apabila membuang air kecil di lantai lapangan terbang sementara menunggu penerbangannya.

Video yang merakamkan aksi lelaki itu dikongsi di Instagram Passenger Shaming baru-baru ini, dengan lebih 200,000 tontonan.

Menerusi klip video itu, bunyi percikan air dapat kedengaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling jijik! Wanita ini selamba ‘sound’ aunty berak tepi jalan, sampai sekarang rasa nak muntah - “Saya nampak dia gunakan tisu untuk lap”

ARTIKEL BERKAITAN: “Penumpang kalau cirit jangan malu minta bantuan kru kabin” - Pramugari kongsi pengalaman jijik, sinki penuh air najis bersama seluar dalam

Lelaki itu kelihatan berhenti selama beberapa saat sebelum mengeluarkan air kencing yang lebih banyak.

Keadaan tersebut sekali gus membuat seorang lelaki lain yang duduk pada jarak beberapa tempat duduk terkejut sambil memandangnya.

Bagaimanapun, kebanyakan penumpang lain dilihat tidak mempedulikan lelaki berkenaan.

Selain turut terkejut, netizen mempersoalkan kesahihan video tersebut yang dikatakan dirakamkan di lapangan terbang. - Daily Star



lapangan terbang, kencing, buang air

Artikel Lain