suria

Pelanggan restoran makanan segera amuk gara-gara sos tomato diletakkan dalam burger

Seorang pelanggan menimbulkan kekecohan di sebuah restoran makanan segera kerana sos tomato diletakkan dalam burger seorang pelanggan. Foto Hyde News

GARA-gara burgernya diletakkan sos tomato, seorang pelanggan restoran makanan segera didakwa melemparkan paket sos tomato kepada pekerja.

Pelanggan yang berang itu bertindak di luar kawalan di belakang kaunter.

Dia didakwa mengutip sejumlah pakat sos tomato dan meleparkan kepada beberapa pekerja.

Kekecohan itu menyebabkan polis tiba di lokasi kejadian di Milton Keynes, Buckinghamshire di United Kingdom, pada 26 Disember lalu selepas menerima panggilan.

Pelanggan berkenaan ditahan kerana disyaki menyerang dan menimbulkan huru-hara di tempat awam.

Menerusi klip video tersebut, suspek menuntut bayaran balik selepas burgernya diletakkan sos tomato yang tidak diingininya. - Mirror

makanan segera, burger, sos tomato

Artikel Lain