suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telefon bimbit meletup, wanita terbakar hidup-hidup dalam kebakaran

Nisachol (gambar kecil) rentung apabila rumahnya dijilat api akibat telefon bimbit yang dicas meletup. Foto: ViralPress

SEORANG wanita rentung dalam kebakaran apabila telefon bimbit yang sedang dicas meletup dan menyebabkan rumah kayu yang didiaminya musnah dijilat api.

Ketika kejadian, mangsa, Nisachol Sawasdiwong, 33, sedang tidur dengan suaminya, Yothin ketika rumah mereka terbakar pada Khamis.

Bagaimanapun Yothin berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah mereka di Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand, sebelum tidak sedarkan diri.

Nisachol bagaimanapun rebah ketika cuba menyelamatkan diri.

Pasukan bomba yang memadamkan api itu kemudiannya menemui mayat mangsa di bawah runtuhan rumah kayu itu.

Suami mangsa dikejarkan ke hospital namun dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Polis pada mulanya mengemukakan teori bahawa kebakaran itu didalangi suaminya dalam cubaan untuk menyembunyikan pembunuhan isterinya itu.

Bagaimanapun, bomba berkata kebakaran itu disebabkan oleh litar pintas dari telefon pintar yang dicas pada malam hari.

Hasil pos mortem juga mendapati kecederaan isteri disebabkan lecur api yang teruk. - Mirror

Artikel Lain