suria

Gempar objek misteri bercahaya di langit malam sebelum terpisah dua... penduduk anggap UFO, ‘kerja’ alien

Misteri kelibat UFO yang terpisah dua. Foto Twitter/Uriel De Simon

SEBUAH objek bercahaya dikesan di ruang udara di Argentina dengan kebanyakan saksi tidak dapat menekanya.

Antara mereka membuat andaian bahawa ia merupakan objek terbang yang tidak dikenali (UFO), pencerobohan alien, malah kemunculan Santa Claus.

Menerusi satu klip video menunjukkan orang ramai dilihat berhenti dan memandang ke langit apabila satu objek terang dilihat di udara pada waktu malam.

Terbang secara mendatar, ia kemudian berpisah kepada dua meskipun ia kelihatan seperti objek bulat yang bersinar.

Tetapi ia sebenarnya adalah dua objek yang berdekatan antara satu sama lain.

Kedua-dua objek bulat itu terbang ke bawah dengan kelajuan yang sama, kelihatan seperti ekor komet di bahagian belakang masing-masing.

Ia kemudian bergerak perlahan, yang mana dua objek bersinar itu dilihat seperti melayang sebelum dua lagi cahaya kelihatan berturut-turut.

Klip vidoe tersebut dikongsi oleh Uriel De Simoni di laman Twitter pada 23 Disember lalu.

Video berkenaan meraih lebih dua juta tontonan, sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai misteri objek bercahaya itu. - Daily Star

UFO, alien, Santa Claus

Artikel Lain