suria

Gara-gara gambar ular, budak lelaki diminta tukar baju sebelum masuk pesawat

Ketika kejadian, Stevie Lucas dalam perjalanan pulang ke New Zealand selepas menziarah datuk dan neneknya di Afrika Selatan. Foto Network 24

SEORANG budak lelak didakwa diberitahu supaya menukarkan kemeja-T sebelum menaiki penerbangan kerana imej ular yang dicetak pada bajunya itu boleh menyebabkan kebimbangan melampau.

Situasi tersebut berlaku, seperti yang didakwa keluarga kanak-kanak berkenaan.

Ketika kejadian, Stevie Lucas, 10, dari New Zealand dalam perjalanan pulang selepas menziarah datuk dan neneknya di Afrika Selatan.

Dia mendakwa anggota keselamatan memberitahu bahawa kemeja-T tersebut melanggar polisi lapangan terbang Johannesburg.

Menurut laporan media tempatan, ibu bapa kanak-kanak itu, Steve dan Marga yang turut bersama dengannya ketika itu pada 17 Disember berkata, mereka diberitahu bahawa pakaian atau permainan ular tidak boleh dibawa masuk dalam mana-mana penerbangan berikutan risiko berlaku kekecohan.

Baju yang dicetak gambar ular dipakai oleh Stevie. Foto Network 24

Polis tersebut dibuat dalam kalangan penumpang dan kru kabin.

Menurut laporan Mail Online, rakaman video keselamatan menunjukkan Stevie dari Wellington menanggalkan bajunya sebelum menterbalikkan pakaian itu sebelum memakainya kembali selepas budi bicara dibuat.

Kemeja-T warna hitam yang dicetak gambar ular biru dan hijau dilihat seolah-olah muncul dari baju kiri kanak-kanaknya.

Menurut satu kenyataan dari lapangan terbang, pegawai keselamatan mempunyai hak untuk menentukan sekiranya sebarang perkara yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini di dalam pesawat.

Ini termasuk perkara yang boleh mencetuskan kebimbangan melampau, tambah kenyataan itu. - Mirror 

Artikel Lain