suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyesal tiduri majikan, gaji tak dibayar tapi dapat penyakit kelamin

Wanita itu mengakui pernah terlanjur dengan majikannya. (Gambar Hiasan: Getty)

SEORANG wanita mengakui kesepian menjelang ambang tahun baharu 2020 selepas kehilangan rakan-rakan dah ahli keluarga.

Ujarnya, segalanya berubah sewaktu dia bekerja dengan bekas majikannya sekitar Julai lalu.

Beberapa bulan bekerja, wanita itu beberapa kali terlanjur dengan majikannya.

Setelah hal itu terbongkar, dia bukan sahaja ditinggalkan oleh teman lelakinya malah diarah membayar balik duit yang pernah dipinjamkan sebelum ini.

Demi membayar hutang bekas teman lelakinya, dia terpaksa meminta bantuan bapanya.

Dalam tempoh itu juga, dia masih lagi bekerja untuk majikannya.

Dipendekkan cerita kata wanita itu, dia sebenarnya tidak pernah dibayar oleh majikan berkenaan sekaligus menyebabkan hutangnya bertambah.

Lebih parah, dia turut dijangkiti penyakit jangkitan kelamin.

"Saya ada hutang, dibuang keluarga dan rakan. Lebih teruk, bekas teman lelaki saya kini bercinta dengan perempuan seksi yang kaya," ujar wanita itu dalam luahannya kepada Daily Star.

Identiti wanita itu bagaimanapun tidak didedahkan. - Daily Star.

skandal, majikan, hutang

Artikel Lain