suria

Ibu campak dua anak dari tingkat lapan sebelum terjun bunuh diri pada Hari Krismas

Erin (gambar kecil) mencampakkan dua anaknya dari tingkat lapan sebuah tempat letak kerera bertingkat sebelum terjun dari bangunan yang sama. Foto: NBC Boston/AP

POLIS sudah mengenalpasti identiti seorang ibu yang bertindak mencampakkan dua anaknya dari tingkat lapan sebuah tempat letak kereta bertingkat sebelum dia terjun membunuh diri pada Hari Krismas lalu.

Wanita itu dikenalpasti sebagai Erin Pascal.

Pascal, 40, mencampakkan anaknya Alison, yang berusia empat tahun dan Andrew, 15 bulan dari tingkat lapan sebuah tempat letak kereta yang terletak bersebelahan stesen kereta api Ruggles MBTA di Boston.

Dia kemudian bertindak terjun dari bangunan tersebut, di mana polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai ‘double murder-suicide’.

Penyiasat masih berusaha untuk mengenalpasti punca mengapa wanita itu membunuh kedua-dua anaknya sebelum membunuh diri.

Peguam di Daerah Suffolk, Rachel Rollins berkata: ‘Penyiasatan kami menunjukkan bahawa kedua-dua anak itu jatuh dahulu, dan kemudian ibunya.

‘Terdapat barang dari anak-anak dan ibu itu yang bertebaran di jalan,’ ujarnya. - Metro.co.uk

Artikel Lain