suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang ketika bermain pada Hari Krismas, budak autistik ditemui mati di bawah kepingan ais salji dalam kolam

Budak lelaki autistik, Beau Belson, yang dilaporkan hilang ketika Hari Krismas, akhirnya ditemui mati di bawah kepingan ais salji dalam sebuah kolam yang beku sehari kemudian. Foto: Twitter

MENYAYAT hati apabila seorang budak lelaki autistik yang dilaporkan hilang ketika Hari Krismas, akhirnya ditemui mati di bawah kepingan ais salji dalam sebuah kolam yang beku.

Mayat Beau Belson, 5, ditemui di dalam kolam yang terletak berhampiran rumah neneknya di Six Lakes, Michigan, awal Khamis.

Penemuan itu diumumkan oleh polis pada Khamis, sekaligus mengakhiri misi pencarian yang digerakkan sejak dia dilaporkan hilang.

Beau dilaporkan sedang bermain-main bersama saudaranya sebelum disedari hilang.

Polis mengandaikan bahawa Beau jatuh ke dalam kolam dan tenggelam secara tidak sengaja, dan dia tidak dapat menyelamatkan dirinya.

Menurut polis lagi, Beau merupakan seorang kanak-kanak autistik tetapi mampu berkomunikasi. - Metro.co.uk

autistik, kolam, ais salji, Beau Belson

Artikel Lain