suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki jadi hero selamatkan anjing tersepit di pintu lif

Tindakan pantas Johnny akhirnya berjaya menyelamatkan seekor anjing daripada tersepit di pintu lif. Foto: DailyStar

SEORANG lelaki berjaya menyelamatkan seekor anjing yang tersepit di pintu lif.

Johnny Mathis, 27, dari Houston, Texas, baru saja keluar dari lif di tingkat pertama apabila seorang wanita dan anjing peliharaannya kemudian memasuki lif berkenaan.

Rakaman CCTV menunjukkan wanita itu masuk ke dalam lif sambil memegang tali yang melilit leher anjingnya.

Namun sebaik sahaja wanita itu memasuki lif, pintu lif tersebut tertutup sebelum sempat anjing tersebut masuk.

Melihat keadaan anjing tersebut yang meronta-ronta terjerut oleh tali di lehernya, Johnny bertindak pantas menanggalkan tali berkenaan.

Disebabkan tindakan pantas Johnny, anjing tersebut akhirnya berjaya diselamatkan. - Daily Star

anjing, lif, tali

Artikel Lain