suria

Mengaku mabuk dan lapar, jejaka 21 tahun ditangkap kerana makan otak wanita

Lloyd Bagtog mengaku memenggal kepala wanita dan memakan otaknya.

SEORANG jejaka telah ditangkap kerana dituduh membunuh, menyiksa dan memakan otak seorang wanita di Sitio Caulogan, Casibole, bandar Talisayan. 

Memetik laporan Mirror, lelaki berusia 21 tahun itu dilaporkan memenggal kepala mangsa kerana dia bercakap dalam bahasa Inggeris dengannya. 

Pihak polis mengenalpasti bahawa suspek Filipina yang bernama Lloyd Bagtog itu mengakui memenggal wanita tersebut menggunakan alatan kebun dan memakan organ dalaman di bahagian kepalanya. 

Bagtog memberitahu bahawa dia berasa lapar dan mabuk ketika mengambil keputusan untuk melakukan perkara itu. 

Laporan akhbar menyatakan keadaan mayat ditemui tanpa pakaian dalam oleh penduduk Punta Santiago, pada Khamis lalu. 

Bagaimanapun, ketua polis bandar Talisayan, Kapten Polis Maribeth Ramoga memberitahu akhbar bahawa suspek itu tidak dapat memahami wanita tersebut kerana dia bercakap dengannya dalam bahasa Inggeris. 

Penyiasat mendakwa Bagtong telah mengakui membunuh wanita itu dan mewawarkan kepada pihak berkuasa lokasi keberadaan kepala mangsa tersebut yang berada di rumahnya. 

Kapten Ramoga berkata saksi terlihat parang terselip di pinggang Bagtog di tempat kejadian. 

Sementara itu, Kapten Ramoga menyeru sesiapa yang kehilangan kakak supaya mengenalpasti mayat wanita tersebut. 

Dalam perkembangan lain, mayat mangsa masih belum dapat dikenalpasti dan Bagtog akan berhadapan dengan pakar psikiatri untuk menentukan keadaan mentalnya. - Mirror

makan, otak

Artikel Lain