suria

Berulang kali adakan hubungan intim dengan pelajar, pembantu pengajar akhirnya dicekup

Kirstie None Rosa ditangkap kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 15 tahun berulang kali dan memberi mereka dadah. Foto: FB/Dailystar

SEORANG pembantu pengajar ditangkap kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 15 tahun dan memberi mereka dadah, menurut laporan.

Kirstie None Rosa,27, dilaporkan bersama dengan salah seorang pelajar beberapa kali di rumah remaja berkenaan dan juga rumahnya di East Naples, Florida.

Penyiasat yang meneliti kes berkenaan menemui rakaman CCTV dari bangunan apartmennya yang menunjukkan dia dan remaja terbabit berkelakuan intim di kolam renang.

Dia juga dituduh memberi dua pelajar tersebut alkohol dan dadah. Rosa telah didakwa dengan tiga tuduhan, iaitu terlibat dengan kegiatan seksual lucah dan pelik, serta memberi bahan narkotik kepada kanak-kanak di bawah umur.

Pegawai di Sekolah Daerah Collier dilaporkan mengesyorkan agar perkhidmatan Rosa ditamatkan berikutan tuduhan yang pertama kali muncul pada 7 Disember.

Sementara itu, Pejabat Sheriff Collier County mengatakan wanita itu melakukan hubungan seks dengan pelajar berumur 15 tahun berulang kali.

Rosa pada mulanya menafikan tuduhan tersebut, namun polis mengatakan bahawa mereka mempunyai dua saksi yang melihatnya bersama dengan salah seorang pelajar terbabit.

Menurut laporan polis, Rosa membawa kedua-dua pelajar itu ke rumahnya selepas membawa mereka ke pesta di mana mereka minum alkohol dan mengambil Marijuana.

Rosa ditangkap dan dibawa ke Naples Jail Center. - Daily Star

Artikel Lain