suria

Syarikat impian! 198 pekerja terkejut dapat bonus RM200,000 dalam acara makan malam

Pekerja syarikat itu terkejut saat diumumkan mengenai bonus luar biasa pada Sabtu lalu.

SERAMAI 198 pekerja syarikat hartanah di Maryland, Amerika Syarikat (AS) menerima bonus berjumlah £38,000 (RM207,767) sempena kedatangan Krismas.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat sewaktu acara makan malam syarikat berkenaan, Sabtu lalu.

Rakaman kesemua kakitangan yang menerima sampul surat berwarna merah turut menjadi tular.

Syarikat St. John Properties memberikan bonus itu setelah mereka berjaya mencapai sasaran pada tahun ini.

"Meraikan pencapaian sasaran kita, kami mahu memberi ganjaran kepda pekerja dalam cara yang cukup besar supaya dapat memberi impak kepada kehidupan mereka.

"Saya berterima kasih kepada semua pekerja, atas usaha keras dan dedikasi mereka," ujar pengerusi syarikat itu.

Acara makan malam berkenaan diadadkan di Baltimore.

Dalam acara itu, kakitangan syarikat kelihatan teruja dan terkejut kegembiraan apabila menerima perkhabaran berkenaan. - Daily Star.

bonus, Krismas, syarikat hartanah

Artikel Lain