suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kering air mata, lelaki kebumikan isteri dengan gaun kahwin selepas 4 bulan disatukan

Isteri Michael, Saima, meninggal dunia akibat kanser pada Disember tahun lalu. FOTO: PA Real Life.

SIAPA yang tak sedih? Baru sahaja 16 minggu berkahwin, lelaki ini terpaksa berhadapan dengan kematian isterinya.

Reda dengan pemergian itu, Michael Herz, 29 , mengebumikan wanita itu, Saima, 30, dengan memakaikannya gaun perkahwinan mereka.

Wanita itu menghidap kanser dan meninggal dunia pada 18 Disember tahun lalu, hampir empat bulan selepas mereka berkahwin.

Masih lagi trauma dengan kematian ibu dan abangnya akibat kemalangan pada 2002, Michael sekali lagi menghadapi detik sukar dalam hidupnya.

"Saya tak ada perkataan untuk menggambarkan apa yang berlaku.

"Dalam seminggu sahaja dia jatuh sakit. Saya tak sempat nak proses apa yang berlaku sebenarnya.

"Kesakitan itu terlalu kuat, saya tak boleh menangis. Kering air mata," katanya lagi. - The Sun.

Michael Herz, Saima, kanser, gaun kahwin

Artikel Lain