Selepas karya seni pisang, kedai buah di Singapura lekat durian pada dinding - Dunia | mStar

Selepas karya seni pisang, kedai buah di Singapura lekat durian pada dinding

Durian yang ditawarkan sebuah premis buah-buahan di Singapura dan hasil seni di galeri Miami, Florida.

JIKA sebelum ini karya seni sebiji pisang  dengan pita pelekat dijual pada AS$120,000 (RM499,000), berapa agaknya nilai raja buah jika dilekatkan pada dinding?

Pertubuhan di republik Singapura mempersoalkan hal berkenaan selepas tular kisah hasil seni berasaskan pisang dan pita peletak yang akhirnya dibeli pengumpul seni Perancis tetapi kemudiannya dimakan artis persembahan New York, David Datuna.

Karya dinamakan Comedian itu dihasilkan artis Itali, Maurizio Cattelan dan dipamerkan di galeri di Miami, Florida.

Bagaimanapun di Singapura, kedai durian dan pemanis mulut 99 Old Trees telah memuatnaik gambar durian yang dilekat pada dinding di laman Facebook pada Isnin.

Bertajuk "Durian Tape To White Wall", dengan tanda harga S$163,056 (RM499,100) dan kapsyen:"Ia umpama hasil seni tetapi baunya seperti kentut...Diabdikan di sini seni berasaskan durian bagi mengingati kepayahan nenek moyang kita. Pita pelekat itu melambangkan penindasan zaman penjajahan dulu.

Tambah premis itu lagi, tanda harga itu termasuk pita pelekat dan durian Mao Shan Wang seberat 2.15 kilogram yang dijangka akan bertahan dalam masa tiga hari.

Pengurus 99 Old Trees, Kelvin Tan memberitahu The Straits Times, ia diinspirasikan daripada seni pisang dan pita pelekat yang dipamerka di Miami.

"Memang ada yang seperti berminat tetapi kami agak mereka tidak bersungguh-sungguh," katanya.

Malahan, beliau juga tidak kisah jika ada pelanggan yang bertindak memakan durian di dinding premisnya itu.

"Tentu sekali kami tidak kisah, cuba berita buruknya adalah pita pelekat itu tidak kuat untuk menampung durian itu dan ia telah dijual pada harga kurang daripada S$163,056," katanya.- The Straits Times/Asia News Network


durian , Singapura , pisang , 99 Old Trees

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain