suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi cimpanzi cuci pakaian jadi tular, suka tiru perbuatan penjaganya

Yuhui dirakam sedang mencuci pakaian dengan menggunakan sabun dan berus. FOTO: Twitter @susantananda.

HAIWAN seperti cimpanzi sememangnya terkenal dengan kepandaian mereka.

Malah, banyak kajian yang dilakukan turut membuktikan hal itu.

Terbaharu, aksi seekor cimpanzi yang sedang mencuci pakaian di Zoo China menjadi tular di media sosial.

Cimpanzi itu dikatakan mempelajari kemahiran berkenaan dengan meniru aksi penjaganya di zoo berkenaan.

Aksi cimpanzi yang diberi nama Yuhui itu berlarutan selama 30 minit, mencuci baju lengkap dengan menggunakan berus dan sabun.

Menurut penjaganya, dia meletakkan pakaian kotor, sabun dan berus untuk menguji Yuhui.

Memerhati dari jauh, dia terkejut melihat Yuhui mencuci pakaian, sebagaimana contoh yang ditunjukkannya sebelum ini. - India Times.

cimpanzi, Yuhui, cuci pakaian

Artikel Lain