suria

Pemuda sanggup derma buah zakar kepada kembar agar dapat zuriat

Sekadar gambar hiasan.

SEORANG pemuda mendermakan sebiji buah zakar miliknya kepada kembarnya agar dia boleh mendapat zuriat.

Pasangan kembar dari Serbia itu menjalani pembedahan selama enam jam pada Selasa lalu, lapor New York Times.

Salah seorang daripada mereka dilahirkan dalam keadaan tidak mempunyai buah zakar.

Namun kembar pemuda bernasib malang itu bersetuju untuk menderma salah sebiji buah zakarnya.

Lebih menggembirakan pembedahan itu berjaya dilakukan.

Penderma sudah mempunyai anak tetapi kembarnya masih belum dikurniakan sebarang zuriat.

Doktor di sebuah hospital di Tirsova berkata pasangan kembar itu berada dalam keadaan baik selepas pembedahan tersebut.

Salah seorang pakar bedah, Dr Dicken Ko memberitahu New York Times bahawa pembedahan itu bertujuan untuk menstabilkan kadar testosterondan dan menjadikan alat kemaluannya lebih selesa.

Difahamkan buah zakar itu tidak dapat berfungsi semula dalam tempoh beberapa jam apabila kekurangan bekalan darah.

Pembedahan sama pernah dilakukan sebanyak dua kali di St Louis, Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun lalu. - Metro.co.uk

buah zakar, derma, zuriat, kembar

Artikel Lain