suria

Leher terkoyak gara-gara dihempap pintu peti sejuk rosak

Stuart Clegg cedera di leher akibat dihempap pintu peti sejuk yang rosak di sebuah pasaraya. Foto: Metro.co.uk

SEOLAH-OLAH dipenggal!

Itu gambaran seorang lelaki mengenai insiden yang menimpanya, apabila pintu peti sejuk yang rosak di sebuah pasaraya tiba-tiba jatuh lalu mengenai lehernya.

Stuart Clegg, 53, berkata ketika kejadian, dia cuba untuk mengambil pizza namun secara tiba-tiba sebuah pintu kaca yang berketinggian 8 kaki terjatuh di atasnya.

Kejadian itu berlaku di pasar raya Booths di Longridge, Lancashire, di mana Stuart menetap.

Bapa empat anak itu berkata dia tidak mampu melakukan pergerakan di lehernya kira-kira 80 peratus selepas kemalangan yang berlaku pada 2016, malah masih menderita sakit leher dan belakang.

Akibat insiden malang itu juga, Stuart terpaksa bergantung kepada ibunya, yang berumur 70-an, untuk menjalankan tugas asas seperti mencuci rambut dan membersihkan rumah.

Stuart juga terpaksa berhenti kerja sebagai penjaga kedai buku selepas menjalani pembedahan untuk merawat kerosakan saraf yang melemahkan di lehernya.

Stuart memulakan prosiding undang-undang terhadap Booths, 12 bulan selepas kemalangan itu, apabila X-ray mendedahkan bahawa dia mempunyai arthritis ringan di lehernya.

Mengesahkan insiden itu, seorang jurucakap Booths berkata: 'Tuntutan telah diselesaikan dalam jumlah £ 7,000 (RM38,323.86) dalam penyelesaian penuh dan muktamad'. - Metro.co.uk

peti ais, pasaraya, leher, Booths

Artikel Lain