suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bakal sambut Krismas dalam penjara selepas biarkan 2 anak mati kepanasan dalam kereta

Kejadian berlaku pada 23 November lalu.

SEORANG wanita akan menyambut Krismas dalam penjara tidak lama lagi selepas dia dituduh membunuh dua anak perempuannya.

Kerri-Ann Conley, 27, secara tidak sengaja membiarkan anaknya, Darcey-Helen, 2, dan Chloe-Ann yang berusia setahun bermain dalam kereta sehingga mereka meninggal dunia akibat lemas dan suhu panas.

Kejadian itu berlaku di luar kediaman mereka di Brisbane, Australia pada 23 November lalu.

Ketika dua kanak-kanak itu ditemui, mereka dikatakan sudah terkurung dalam kenderaan itu selama tujuh jam.

Conley yang menyedari kecuaiannya pada waktu itu dengan pantas membawa dua anaknya mandi air sejuk.

Pasukan kecemasan turut dihubungi sewaktu kejadian namun gagal untuk menyelamatkan dua beradik itu. - Daily Star.

Artikel Lain