Aneh! Beratus burung ditemui mati di atas jalan

Dilaporkan sejumlah 225 burung perling ditemui mati dengan banyak lagi yang terlindung di tepi jalan. Foto: North Wales Police rural crime team

POLIS sedang menyiasat kejadian yang 'sangat aneh' apabila beratus ekor burung perling ditemukan mati di sebatang jalan di Anglesey, Wales.

Dilaporkan sejumlah 225 burung spesies itu ditemui mati dengan banyak lagi yang terlindung di tepi jalan.

Polis menyifatkan kejadian tersebut sebagai misteri dan turut menghubungi pakar daripada agensi haiwan dan tumbuhan untuk membuat pemeriksaan.

Dalam satu catatan di halaman Twitter, Polis North Wales berkata: "Ramai daripada anda akan melihat di media sosial video yang berlaku sekitar kejadian di Anglesey di mana banyak burung perling terbunuh."

"Kami tidak tahu bagaimana ia berlaku. Terdapat kira-kira 225 burung perling mati di jalan itu dan banyak lagi yang mati dan terselindung di sepanjang jalan."

Sementara itu, wakil jurucakap agensi berkenaan berkata: "Kami menerima laporan bahawa terdapat banyak burung yang mati dan sedang menyiasat puncanya." - Metro.co.uk

burung perling, Wales, mati

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah