suria

Menang 3 pingat emas meskipun berlari hanya guna pembalut sekeliling kaki siap ada logo Nike

Ballos berlari hanya menggunakan pembalut berwarna coklat di sekeliling kakinya.

SEORANG atlet muda memenangi pingat emas berganda untuk sekolahnya meskipun berlari tanpa menggunakan kasut sukan.

Rhea Ballos, 11, dari sebuah sekolah rendah di Balasan, Iloilo, Filipina hanya memakai pembalut di sekeliling kakinya ketika dia beraksi untuk pertandingan sukan antara sekolah-sekolah di daerah itu.

Pengguna Facebook, Predirick B.Valenzuela memuatnaik gambar budak perempuan itu dengan kakinya dibalut dengan plaster berwarna coklat.

Namun logo Nike yang dilukis Ballos di atas pembalut kakinya itu mengundang sebak netizen.

Meskipun berlari tanpa memakai kasut sukan yang betul, Ballos berupaya menewaskan pelari lain.

Ballos membolot emas bagi tiga acara iaitu 400 meter, 800 meter dan 1500 meter.

Gambar Ballos menjadi tular selepas dikongsi seorang netizen di Facebook.

Sebaik saja gambar Ballos tular di media sosial, netizen memuji semangat atlet muda itu.

Malah ramai meluahkan rasa simpati terhadap Ballos yang berlari tanpa menggunakan kasut sukan.

Beberapa netizen berpendapat Ballos patut mendapat pengiktirafan daripada Nike dan jenama terkemuka dunia itu sepatutnya menghadiahkan sepasang kasut sukan baharu kepadanya.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut membuat pautan pada kedai bola keranjang tempatan, Titan 22.

Namun pengasas Titan dan ketua jurulatih Alaska Aces, Jeffrey Cariaso yang menyedari perkara itu kemudian berusaha menjejaki Ballos. - Nextshark.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain