suria

Penyokong tersilap tarikh perlawanan selepas pandu sejauh 400km, respons kelab amat mengejutkan!

Bryan memuat naik foto dirinya berdiri di luar kubu Brora selepas tersilap tarikh perlawanan. Foto Bryan Power/Deadline News

SEORANG penyokong kelab bola sepak tersilap tarikh perlawanan, hanya selepas memandu sejauh hampir 400 kilometer.

Memuat naik foto dirinya di luar kubu pasukan Brora Rangers di Dudgeon Park dekat Scotland, dia membuat kapsyen: "Memandu hampir 400 kilometer dan mendapati saya tersilap tarikh."

Bryan Power dari Port Glasgow, Inverclyde yang merupakan penyokong Greenock Morton pada awalnya mahu berkongsi kisah lucu bersama teman-temannya.

Namun, perkongsian itu menundang simpati penyokong dan pengurusan Brora Rangers.

Brora kemudian mengeluarkan komen menerusi akaun sosial media kelab itu memberitahu: "Kami berbesar hati untuk menawarkan kemasukan percuma kepada Bryan untuk perlawanan seterusnya kerana perjalanannya yang tersilap pada petang ini!"

Bryan bagaimanapun memberitahu tidak dapat menyaksikan perlawanan pasukan itu yang seterusnya.

Namun, apa yang menarik perhatian Brora terus menunjukkan sisi kemurahan hati kelab itu.

"Kami berbesar hati untuk menawarkan anda hospitaliti di mana-mana perlawanan Brora pada musim ini.

"Beritahu kami beberapa minggu lebih awal dan kami akan melakukannya untuk anda," menurut kelab itu. - Daily Star

Brora Rangers, Dudgeon Park

Artikel Lain