suria

Penumpang kelas perniagaan berang makanan ‘terlebih masak’, kru kabin akui lebih teruk daripada penerbangan tambang rendah

Sarapan pagi yang dihidangkan kepada seorang penumpang kelas perniagaan. Foto Facebook/Mirror

SEORANG penumpang kelas perniagaan British Airways mendakwa seorang kakitangan syarikat penerbangan bahawa dia boleh mendapat yang lebih baik dalam penerbangan tambang rendah.

Semuanya gara-gara dia dihidangkan roti sandwich ‘terlebih masak’.

Pengarah syarikat kejuruteraan itu berkata, dia yang membayar £10,000 (RM53,664) untuk penerbangan dari Miami, Amerika Syarikat (AS) ke Heatrow di London, United Kingdom, tetapi mendakwa hanya menerima sarapan pagi yang 'menjijikkan'.

Lelaki yang enggan dikenali itu memuat naik foto sarapan paginya di dalam pesawat yang menunjukkan roti romato dan keju yang ‘terlebih masak’.

Penumpang dari London itu menulis: "Sarapan pagi yang menjijikkan dihidangkan dalam kelas perniagaan dalam pesawat BA 208 dari Miami ke LHR pada pagi 21 November.

"Kru kabin setuju ia merupakan satu penghinaan dan saya boleh dapat makanan lebih baik menerusi penerbanhgan Ryanair," katanya.

Gambar tersebut menunjukkan roti dan kepingan keju yang nipis, yang dilihat terlebih masak.

Selain itu, terdapat satu keping tomata pada setiap roti berkenaan.

Seorang jurucakap British Airways berkata: "Kami berbesar hati dengan kualiti makanan yang kami tawarkan dalam pesawat dan banyak melabur dalam servis katering kami, di semua kabin. 

"Kamu tidak menerima sebarang aduan mengenai katering bagi penerbangan tersebut," tambahnya. - Mirror

Artikel Lain