suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 1,000 bintang porno jadi mangsa, tak pernah post gambar lucah tapi akaun IG dipadam

Antara foto yang dipadam biarpun tidak memaparkan sebarang unsur lucah.

RAMAI bintang porno mendedahkan akaun Instagram mereka dipadam tanpa sebarang penjelasan.

Sehingga kini, seramai 1,300 bintang porno menerima nasib sedemikian.

Biarpun tidak pernah memuat naik sebarang foto lucah, akaun Instagram mereka tetap dilaporkan oleh pelayar laman sosial berkenaan sehingga ia dipadam.

Dalam industri itu, jumlah pengikut Instagram menjadi indikasi dalam tawaran lakonan dan pekerjaan buat mereka.

Apabila akaun Instagram dipadam, pelakon tersebut kehilangan peminat dan rangkaian perniagaan yang dibina selama ini.

Menurut seorang bintang porno, selebriti sering memuat naik foto yang melampau namun tidak dikenakan tindakan.

"Saya tak pernah muat naik foto yang lucah. Gambar saya pakai legging pun boleh jadi provokatif dan ada orang report," ujar Ginger Banks. - Daily Star.

Artikel Lain