suria

Aktivis berbogel, warnakan badan demi protes zoo paling sedih di dunia

Tiga wanita membuat protes demi membantah kekejaman haiwan di Zoo Pata, Thailand.

TIGA wanita yang hanya memakai pakaian dalam dengan tubuh mereka diwarnakan membuat protes susulan dakwaan penganiayaan haiwan yang berlaku di Zoo Pata, Bangkok.

Tiga ahli People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) itu membuat protes di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

Zoo Pata yang terletak di di bahagian atas pusat beli-belah berkenaan dikritik ramai sebelum ini kerana layanan buruk ke atas haiwan.

"Biar haiwan tunjukkan warna sebenar mereka. Kekejaman bukan hiburan," demikian mesej yang dibawakan tiga aktivis itu.

Dalam pada itu, jurucakap Peta, Jason Baker menggesa Zoo Pata yang dibuka sejak 1983 agar menghentikan operasinya.

"Jika mereka kisah akan haiwan, bukan maruah dan untung, haiwan itu sepatutnya dihantar ke habitatnya.

"Kami sudah beri tawaran untuk tolong banyak kali," katanya.

Namun, Peta juga tidak terlepas kritikan apabila didakwa menggunakan wanita bogel untuk demonstrasi.

Zoo Pata sebelum ini diberi jolokan zoo paling sedih di dunia selepas foto seekor gorila yang dikurung dalam ruangan sempit tersebar dan menjadi tular. - Daily Star.

Peta, aktivis, bogel, zoo

Artikel Lain