suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita depresi ikat tangan anak, letak batu dalam poket sebelum sama-sama terjun empangan

Jenson ditemui meninggal dunia bersama ibunya pada tahun lepas.

SEORANG wanita ditemui mati bersama anaknya di sebuah empangan selepas mereka dilaporkan hilang pada November 2018.

Emma Sillett dikatakan mengikat tangan Jenson, 5, sebelum mereka terjun ke dalam empangan.

Sebelum terjun, Emma meletakkan sejumlah batu dalam poket anaknya itu.

Menurut laporan, Emma dan anaknya sempat menikmati hidangan restoran makanan segera beberapa jam sebelum kejadian itu.

Emma, 41, dikatakan sudah beberapa tahun mengalami tekanan perasaan sebelum menamatkan riwayatnya bersama Jenson di Empangan Balehouse, Tintwistle, England.

Kisah dua beranak itu medapat perhatian selepas bapa mangsa, John Spellman membuat luahan menerusi Facebook. - Daily Star.

depresi, Emma Sillet, empangan

Artikel Lain