suria

Gadis dedah masalah jerawat berkurangan selepas biar kucing jilat wajah

Dinda mengamalkan rutin pembersihan itu sejak tiga bulan lalu.

SEORANG wanita mendakwa dia membiarkan kucing menjilat wajahnya setiap hari bagi merawat masalah jerawat dialaminya.

Dinda berkata dia melakukan rutin pembersihan itu sejak tiga bulan lalu yang menunjukkan kesan pengurangan jerawat ketara di wajahnya.

Rawatan luar biasa itu bermula dengan tabiat kucingnya yang diberi nama Nia duduk di atas buku teks Dinda ketika dia sedang mengulang kaji pelajaran di rumah dan menjilat wajahnya pada masa sama.

Video yang diambil pada Jumaat lalu menunjukkan Nia menjilat wajah Dinda sebagai rutin pembersihan mukanya itu.

Dinda dari Indonesia mendakwa jerawat di wajahnya semakin berkurangan selepas dia mengamalkan rawatan luar biasa itu.

Debi, adik kepada Dinda yang merakam video itu berkata Nia tidak akan menjilat wajah orang lain kecuali kakaknya.

Namun satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard menunjukkan air liur kucing mengandungi bakteria yang boleh masuk ke tubuh manusia dan membawa penyakit. - Mirror.co.uk

kucing, jilat, air liur, jerawat

Artikel Lain