suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar akaun Twitter kerajaan UK di Wales kongsi bahan lucah, dakwa serangan siber

Akaun twitter @UKGovWales Twitter telah membuat permohonan maaf berhubung perkongsian bahan lucah. Foto Wales Online WS

AKAUN Twitter sebuah kerajaan membuat permohonan maaf kerana membuat perkongsian bahan lucah yang melampau.

Paparan skrin grafik yang keterlaluan itu diulang kicau oleh akaun laman sosial Kerajaan United Kingdom (UK) di Wales, pada Isnin.

Memetik laporan Wales Online, seorang jurucakap kepada pejabat Wales dipetik sebagai berkata, insiden berpunca daripada serangan siber.

"Kita yakin isu ni telah pun diatasi," tambahnya.

Akaun tersebut mempunyai lebih 14,000 pengikut dengan penerangan sebagai 'The face of the UK government in Wales and the voice of Wales in Whitehall'.

Antara pengguna Twitter yang mengesan insiden itu adalah Stace Williams yang menulis: "Situasi janggal apabila akaun Twitter Kerajaan UK di Wales berkongsi bahan pornografi pada timeline anda." - Mirror




UK, Wales, lucah

Artikel Lain