suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut dirempuh roller coaster, empat beranak saksi insiden tragik depan mata

Insiden dipercayai berlaku di hadapan keluarga empat beranak. Foto bz-berlin.de

SEORANG lelaki maut dalam insiden tragik membabitkan permainan roller coaster di sebuah pasar Krismas di Berlin, Jerman.

Insiden tersebut dilaporkan disaksikan oleh empat beranak yang menaiki roller coaster itu, dalam kejadian pada Sabtu malam.

Jurucakap jabatan bomba, Jens-Peter Wiler berkata, lelaki itu dipercayai merupakan pekerja di pasar berkenaan.

Menurutnya, mangsa ketika itu sedang bekerja sebelum dirempuh oleh roller coaster itu.

Penyiar Jerman, Deutsche Welle melaporkan bahawa lelaki tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian selepas beberapa cubaan untuk menyelamatkannya.

Pihak pasar tersebut segera menutup operasi tarikan pengunjung itu yang hanya dibuka pada Jumaat.

Polis sedang menyiasat punca kejadian, bagaimanapun kematian mangsa tidak dianggap sebagai mencurigakan. - Daily Star

roller coaster, Krismas

Artikel Lain