suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak maut dihempap arca ais runtuh di pasar Krismas

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat cedera parah selepas dihempap arca ais yang jatuh di pasar Krismas di Luxembourg. Foto: Metro.co.uk

SEORANG kanak-kanak meninggal dunia selepas dihempap arca ais yang jatuh di pasar Krismas di Luxembourg, kata polis.

Dalam kejadian pada jam 8.00 malam Ahad, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat cedera parah.

Polis dalam satu kenyataan berkata: “Kanak-kanak itu cedera parah dan meninggal dunia di dalam ambulans”.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa kakitangan ambulans cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut di tempat kejadian.

Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kemalangan tersebut.

Kemalangan itu berlaku hanya beberapa meter dari gelanggang ais pada pameran tahunan Krismas di ibu kota itu yang dibuka pada Khamis lalu  - Metro.co.uk

arca ais, Krismas, kanak-kanak, Luxembourg

Artikel Lain