suria

Dua bayi mati selepas ditinggalkan ibu di dalam kereta

Kerri-Ann Conley, 27 didakwa melakukan pembunuhan selepas dua anak perempuannya ditemui mati di dalam kereta. Foto: Daily Mail Australia

SEORANG ibu didakwa melakukan pembunuhan selepas dua anak perempuannya ditemui mati di dalam kereta.

Polis berkata, Darcey Conley, 2, dan Chloe-Ann, 1, mati akibat pendedahan kepada haba melampau.

Polis juga sedang menyiasat untuk mengetahui tempoh masa kedua-dua mangsa ditinggalkan di dalam kereta.

Ibu kepada mangsa, Kerri-Ann Conley, 27, juga sedang disiasat sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Dilaporkan bahawa wanita itu bergegas memandikan kedua-dua mangsa dengan air sejuk selepas menemui mereka dalam kereta.

Seorang jiran mendakwa cucunya melihat kedua-dua mangsa berada di dalam kereta pada jam 6.30 pagi, iaitu tujuh jam sebelum mereka ditemui.

Masyarakat setempat meletakkan bunga dan anak patung di luar rumah mangsa yang terletak di pinggir bandar Waterford West. - Metro.co.uk

bayi, kereta, ibu

Artikel Lain