suria

Wanita terkejut lihat penagih selamba suntik dadah berhampiran kawasan sekolah

Beberapa individu dirakam selamba menyuntik dadah berhampiran kawasan sekolah. Foto: MEN/WS

SEORANG ibu terkejut apabila melihat beberapa individu melakukan kegiatan menyuntik dadah, berhampiran kawasan sekolah di bandar Manchester City.

Kirsty Riley melihat beberapa penagih dadah bergilir-gilir menyuntik dadah di kawasan tempat letak kereta dan kemudian membuang jarum suntikan yang digunakan merata-rata.

Dia sempat merakam gambar perlakuan beberapa inidividu itu ketika menghantar dua anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun ke sekolah.

Tempat letak kereta itu hanya terletak beberapa meter dari pintu pagar New Islington Free School.

Keadaan tersebut menyebabkan kedua-dua anaknya tertanya-tanya dan hairan.

Wanita tersebut bimbang sisa buangan daripada kegiatan berkenaan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

“Ia sangat menjijikkan dan tiada siapa yang melakukan sesuatu mengenainya,” katanya kepada Manchester Evening News.

“Anak perempuan saya bertanya 'Ibu kenapa lelaki itu melondehkan seluarnya?'.

“Saya kelu, saya tidak patut menjelaskannya.

“Kanak-kanak tidak seharusnya melihat perkara tersebut”. - Mirror

dadah, suntik, sekolah

Artikel Lain