suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang meninggal akibat sakit jantung, pesawat terpaksa mendarat cemas

Pesawat berkenenaan dalam perjalanan dari Moscow menuju ke Anapa. FOTO: Dmitry Ustinov.

SEBUAH pesawat yang dipenuhi penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah seorang juruterbang mengalami serangan jantung.

Juruterbang kedua itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik pesawat Aeroflot Airbus 320 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Platov, Rusia.

Menurut laporan, usaha pihak perubatan menyelamatkan juruterbang berusia 49 tahun itu gagal dan dia disahkan meninggal sewaktu berada dalam ambulans.

Pesawat berkenenaan dalam perjalanan dari Moscow menuju ke Anapa.

Ia kemudiannya meneruskan perjalanan dengan juruterbang ganti.

"Malangnya kami tidak dapat menyelamatkan juruterbang itu," ujar jurucakap syarikat penerbangan berkenaan. - Daily Star.

juruterbang, sakit jantung

Artikel Lain