suria

Wanita keguguran terkejut diminta letak mayat bayi dalam bekas plastik

Lucy Bambridge meletakkan jawatan selepas insiden dia meminta seorang pesakit wanita meletakkan mayat bayi yang dilahirkan ke dalam bekas plastik. Foto: Rex

SEORANG ahli paramedik memberi cadangan tidak masuk akal kepada seorang pesakit wanita yang mengalami keguguran untuk meletakkan janinnya ke dalam bekas plastik.

Lucy Bambridge mengejutkan wanita itu dan suaminya dengan beberapa kenyataan yang tidak sesuai selepas dia dipanggil ke rumah mereka.

Ketika pendengaran Tribunal Perkhidmatan Kesihatan dan Penjagaan Profesional, pesakit yang tidak dinamakan itu memberitahu bahawa bayinya disahkan meninggal dunia dalam kandungan ketika di Unit Bersalin Rosy, Hospital Addenbrooke di Cambridge.

Wanita itu dihantar pulang ke rumah dan diminta untuk kembali 48 jam kemudian untuk melahirkan bayinya yang telah mati itu.

Namun wanita itu menghubungi 999 selepas mengalami kontraksi dan pendarahan, dan melahirkan bayinya ketika Bambridge dan seorang rakan setugas berada di rumahnya.

Pendengaran itu diberitahu bahawa rakan setugas Bambridge yang juga juruteknik perubatan kecemasan meninggalkan wanita itu dengan pesakit di bilik tidurnya untuk pergi ke bilik mandi.

"Semasa sedang sakit, amat mengejutkan apabila dia bertanya jika ada apa-apa untuk meletakkan bayi kami. Bekas plastik atau sesuatu di dapur anda?", kata pesakit mengimbas kembali perbualannya bersama Bambridge.

Bambridge meletak jawatan sebulan selepas kejadian.

Dalam satu kenyataan kepada panel dia berkata: 'Saya berasa sangat sedih bahawa pesakit merasa seperti ini mengenai insiden tersebut, ketika itu saya melakukan yang terbaik dengan latihan terhad .

'Saya tidak mempunyai niat untuk membuat sesiapa berasa tidak selesa atau terlalu tertekan. Saya sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi sebagaimana yang diperlukan'. - Metro.co.uk

Keguguran, bekas plastik

Artikel Lain